Thursday, December 05, 2019

Perbahasan Rang Undang-Undang Kewangan 2019

Video https://youtu.be/31aZPt11NdU

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Kewangan 2019 pada 2/12/2019 

Saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Kewangan 2019.

Saya ingin merujuk kepada fasal 6 iaitu pindaan seksyen 6A kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 iaitu berkenaan dengan tax rebate berikutan dengan kelulusan Akta Levi Pelepasan 2019 di Parlimen pada tahun ini. Untuk mereka yang meninggalkan negara melalui udara untuk umrah dan juga other religious pilgrimage iaitu menjalankan ibadah agama Islam dan agama-agama selain Islam turut boleh menerima tax rebate di bawah pindaan ini.

Saya mengalu-alukan pindaan ini kerana semasa saya menyertai perbahasan Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019, perkara ini telah dibangkitkan. Saya berbesar hati bahawa apabila religious pilgrimage untuk agama lain turut diberikan tax rebate. Ini tertakluk kepada Committee for the Promotion of Inter-Religious Understanding and Harmony among Adherents, Prime Minister’s DepartmentIni adalah satu langkah yang positif oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan dan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Tax rebate di bawah pindaan ini sebanyak dua kali tax rebate, saya mentafsirkan sebagai untuk seumur hidup. Agama Islam adalah agama rasmi untuk Persekutuan tetapi juga di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, kebebasan dan hak agama lain juga turut diberi penghormatan dan dilindungi.

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya satu pekeliling garis panduan ataupun nota amalan dikeluarkan oleh jawatankuasa untuk promosi pemahaman dan harmoni antara agama supaya orang awam boleh mengetahui senarai religious pilgrimage yang mana yang akan mendapat tax rebate. Senarai tersebut boleh dirujuk dan digariskan bersama dengan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST).

Saya menyebut sedemikian kerana departure levy yang dimasukkan ialah RM8 untuk negara-negara ASEAN dan RM20 untuk negara-negara non ASEAN untuk economy class. Tax rebate ini adalah kecil tetapi amat bermakna. Saya cadangkan supaya untuk kurangkan kos birokratik kita buat satu garis panduan ataupun publish senarai-senarai pilgrimage yang kita maksudkan selepas consultation dengan MCCBCHST.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada fasal 7 di mana pindaan subseksyen 34(6) Akta Cukai Pendapatan dilakukan untuk menambahkan satu lagi item dalam Senarai Tax Rebate Deduction iaitu selain kebajikan dan lain-lain, ditambahkan pula Maintenance of a building designated as heritage site by the Commissioner of Heritage under the National Heritage Act 2005, dengan izin. Saya mengalu-alukan pindaan ini kerana ia boleh meluaskan tax deduction kepada penyelenggaraan bangunan warisan adalah satu strategi public-private partnerships (PPP) supaya pihak swasta turut boleh menyumbang kepada warisan negara dan sebagai pengiktirafan kepada sumbangan wang dan boleh mendapat potongan cukai pendapatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan fasal 7 di mana perenggan 7(b) dengan menaikkan amaun maksimum potongan cukai bagi menaja apa-apa aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan daripada RM700 ribu kepada RM1 juta. Ini adalah satu langkah positif untuk menggalakkan lebih banyak korporat untuk menaja aktiviti tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, fasal 8 berkenaan seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan, potongan kepada seseorang individu bagi pemberian wang kepada organisasi yang diluluskan, dinaikkan daripada tujuh peratus kepada 10 peratus. Saya memohon prosedur untuk potongan seksyen 44(6) ini diperkemas untuk mengelakkan penyalahgunaan. Saya difahamkan melebihi 2,000 organisasi kebajikan mendapat tax exempt status. Saya meminta organisasi ini diadakan pembaharuan status tax exempt setiap tiga hingga lima tahun dan perlu mengemukakan auditor account. Ini untuk memastikan safeguard supaya seksyen 44(6) ini tidak disalahgunakan dan untuk mengelakkan kejadian fraud.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah fasal 8 juga terdapat cadangan potongan cukai untuk pendermaan kepada religious authority dan public university. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan, sama ada religious authority termasuk juga Hindu Endowments Board dari Pulau Pinang dan juga ahli-ahli MCCBCHST. Saya cadangkan supaya ini dipanjangkan kepada anggota-anggota MCCBCHST.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 20 melibatkan pindaan kepada Jadual 1 Akta Cukai Pendapatan iaitu segala cukai pendapatan untuk mereka memperoleh pendapatan melebihi RM2 juta setahun dinaikkan daripada 28 peratus kepada 30 peratus untuk pendapatan melebihi RM2 juta. Adalah dijangkakan 2,000 pembayar cukai akan menyumbang tambahan RM100 juta kepada Federal coffer.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, 30 peratus ini masih rendah berbanding dengan negara-negara lain. Negara Taiwan 40 peratus, Thailand, Vietnam dan Filipina sebanyak 35 peratus. World Bank telah mencadangkan supaya 35 peratus. Saya mengalu-alukan langkah untuk meningkatkan revenue kerajaan dan cukai dari golongan super top ini boleh digunakan untuk membantu golongan B40. Inilah semangat progresif tax structure.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 34 melibatkan pindaan terhadap Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 di mana obligasi antara antarabangsa, penyertaan konvensyen multilateral untuk pelaksanaan langkah-langkah berkaitan triti cukai untuk mencegah Penghakisan Asas Cukai dan Pemindahan Keuntungan (BEPS). Saya mengambil maklum bahawa pindaan ini retrospective iaitu disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 28 Disember tahun lalu. Pindaan ini juga sejajar dengan penyertaan Malaysia dalam Forum on Harmful Tax Practices (FHTP), Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD).

Inisiatif percukaian ini menunjukkan komitmen Malaysia dalam memenuhi standard percukaian antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melihat sistem percukaian kita lebih telus supaya skandal-skandal yang berlaku pada masa lalu seperti kes 1MDB boleh dikesan dengan lebih awal lagi.

Sebagai kesimpulan Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin melihat pentadbiran percukaian kita disusun secara rule-based. Inisiatif yang dijalankan sebelum ini seperti big data technology untuk mengesan pembayar cukai yang di luar ruang lingkup percukaian hendaklah diteruskan. Begitu juga Special Voluntary Disclosure Programme (SVDP) yang dijalankan sebelum ini telah menggalakkan mereka yang tidak membayar cukai sepenuhnya tampil ke depan.

Mengikut satu laporan 21 peratus daripada GDP Malaysia masih dikelaskan sebagai shadow economy dan kerajaan mengalami kerugian kerana shadow economy di luar skop percukaian. Saya meminta supaya shadow economy ini dikurangkan melalui big data, rules based tax administration untuk menambahkan lagi hasil negara supaya lebih banyak program dan projek untuk kepentingan awam boleh dilaksanakan. Itu sahaja, saya mohon menyokong pindaan ini.

No comments: